Isnin, 25 Jun 2012

BAHAGIAN C BM PENULISAN


Soalan 1

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

 
Pada cuti sekolah yang lalu, Azli telah berkunjung ke rumah datuk dan nenek di sebuah perkampungan FELDA di Pahang.  Apabila sampai, Azli bersalam dengan datuk dan neneknya. Ketika itu, nenek sedang menggubah bunga dengan menggunakan bahan terbuang.  Azli segera membantu neneknya menyiapkan tempahan bunga daripada pelanggan.  Azli suka tinggal di kampung kerana udaranya segar dan pemandangan yang indah.  Penduduknya pula bermuafakat dan saling membantu sewaktu kenduri kendara.

Soalan 2

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hari itu Hani bangun awal pagi.  Ayahnya akan membawa mereka sekeluarga berkelah di taman tema air.  Sebaik sampai, Hani lihat ramai orang berkelah di situ.  Semua pengunjung perlu membeli tiket dan beratur di pintu masuk.

            Pengunjung juga tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman.  Terdapat berbagai-bagai kemudahan disediakan di situ.  Antaranya, tong sampah disediakan di merata tempat.  Sebelum mandi, ibu berpesan agar Hani dan adiknya tidak mandi di tempat yang dalam.  Oleh itu, Hani sentiasa mengawasi adiknya sewaktu bermandi-manda.

 
Soalan 3

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

 
Pada hari Sabtu yang lalu, warga Sekolah  Kebangsaan Seri Kasih telah mengadakan Gotong-royong Perdana.  Ibu bapa dan penduduk  kampung turut serta.  Tujuan diadakan gotong-royong adalah untuk membersih persekitaran sekolah.

            Sebelum bergotong-royong, murid-murid telah diagihkan kepada kumpulan supaya kerja dapat diselesaikan dengan segera.  Semua murid mengikut arahan yang diberi.  Mereka melakukannya dengan senang hati.  Setelah selesai, guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut.


CUKUP DULU 3 SET SOALAN.... CIKGU RASNAH BERHARAP SEMUA MURID SKSS YANG MENGINTAI BLOG INI MENCUBA LATIHAN YANG CIKGU BERIKAN.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan