Khamis, 20 Disember 2012

TAWARAN KE SBP DAN SEKOLAH RANCANGAN KHAS

Keputusan UPSR 2012 telah diterima. Berikut senarai murid 5A dan sekolah yg ditawarkan kepada mereka:
1. Muhammad Hazwan bin Ismail (5A) - SBPI Gopeng
2. Masliana Izwani binti Shakry (5A)- SM Sains Bgan Datoh
3. Irdina  Rirdhwah binti Ahmad Hanafi (5A) - SM Sains Tun Azlan Shah
4. Muhammad Hafiz bin Hassan  (5A) -  SM Sains Tun Azlan Shah
5. Muhamad  Ikwan bin Yunus (4A1B) - SM Sains Kepala Batas
6. Nursyakirah Hanim binti Azhar (5A) - SMKA Kerian
7. Muhammad Hazrul bin Mohd Yusoff - SMKA Kerian
8. Mohamad Danial bin Nazlan (5A) - SMK Taman Tasik

Yang belum ditawarkan ke mana-mana tu diharap dapat membuat rayuan atau tunggu tawaran MRSM
5A -
1. Mohamad Hakimi bin Azhar
2. Munirah binti Mat Zaki

Jumaat, 23 November 2012

WAJAH-WAJAH CEMERLANG UPSR 2012 DAN GANJARANNYA

HAMPER DAN RM100
BERKELAH DI BUKIT MERAH
MURID CEMERLANG UPSR 2012
MOHAMAD HAKIMI
IRDINA RIDHWAH
(4H) HAZWAN, HAFIZ, HAZRUL, HAKIMI

DANIAL, HANIM, IRDINA, MASLIANA, MUNIRAH

KEPUTUSAN UPSR 2012



Kehadiran murid tahun 6/2012 dengan ditemani ibu bapa sejak awal pagi untuk mengambil keputusan UPSR nyata tidak menghampakan mereka. UPSR 2012 diumumkan sendiri oleh Puan Norbaizura binti Rahmat, Guru Besar SKSS mulai jam 10.00 pagi di dewan sekolah. Pada majlis tersebut juga Murid Gemilang 5A diraikan dengan menerima hamper bernilai RM30.00 dan turut menerima hadiah RM100 setiap seorang daripada PIBG SKSS. Hadiah percutian ke Bukit Merah Lake Town berlangsung pada 22 November 2012. Selain itu hadiah hamper bernilai RM30.00 diberikan juga kepada murid kelas 6 Harapan yang lulus semua subjek.
Berikut adalah ringkasan keputusan UPSR 2012 :
1. Calon 5A seramai 9 orang.
2. Calon 4A1B seramai 18 orang, 4A1B (12) , 4A1C (6)
3. Calon 3A2B seramai 18 orang. 3A2B (4), 3A1B1C (14)
4. Peratus lulus ABC BM Pemahaman - 91.58%
5. Peratus lulus ABC BM Penulisan -  88.42%
6. Peratus lulus ABC Bahasa Inggeris – 74.74%
7. Peratus lulus ABC Matematik – 88.42%
8. Peratus lulus ABC Sains – 90.53%
10. GPS – 2.12
SELURUH WARGA SK SERI SIAKAP MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA CALON UPSR 2012.

Selasa, 16 Oktober 2012

SOLAT JAMAK DAN QASAR

SOLAT JAMAK DAN QASAR

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar
Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dgn jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang isyak dlm waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat utk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
Niat utk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rekaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Niat utk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".

Ahad, 29 Julai 2012

catatan terlewat...SELAMAT HARI GURU

kek sponsor dpd GB dan Ustazah Noor Fatnin
suapan kasih sayang
banner Hari Guru
sukaneka
 
Bacaan Yassin
Ikrar Hari Guru
 

hadia untuk cikgu yang paling comel
jamuan...sedap nyer
 
koir dpd murid2 6 Gemilang
 
 

 





 
SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU, KHASNYA WARGA SKSS
 
 Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.


OBJEKTIF HARI GURU


1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk perasaan perpaduan iktisas dan muhibah antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


Hari Guru Antarabangsa ditetapkan oleh UNESCO pada 5 Oktober setiap tahun. Tetapi di Malaysia, Hari Guru disambut pada setiap 16 Mei sebagai penghargaan kepada para guru.


Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di dunia ini tak kira dimana jua, kerana telah mebimbing aku, anak-anak ku dan generasi yang akan datang.


"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

Isnin, 25 Jun 2012

BAHAGIAN C BM 2 (sambungan..)


Soalan 4

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

 
Azli dan Farid berjalan kaki ke kedai buku.Walaupun mempunyai basikal, mereka lebih suka berjalan kaki untuk kecergasan badan. Mereka berjalan di lorong pejalan kaki. Tiba-tiba mereka ternampak seorang buta hendak melintas jalan. Dengan pantas Azli memimpin orang buta itu. Sebelum melintas jalan, Azli dan Farid melihat ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu. Orang buta itu mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua.

Soalan 5

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

 
Jumaat 14 Mac 2010
Kami tiba di tapak perkhemahan. Aku terpesona melihat keindahan alam yang belum diteroka. Terdapat banyak flora dan fauna yang menarik yang menarik perhatian. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan memasang khemah seperti diarahkan. Kemudian, kami mencari kayu api dan memasak bersama-sama.

Sabtu 15 Mac 2010
Aktiviti meredah hutan dijalankan. Aku mencatat nama tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang kami temukan. Cikgu Kahar menyatakan kayu-kayan di negara kita amat berharga.
            Cikgu Kahar menyuruh kami mengemas barang. Sebelum pulang, kami membersihkan tapak perkhemahan. Cikgu Kahar gembira kerana kami telah mengikut jadual yang ditetapkan sepanjang perkhemahan dijalankan.

Soalan 6

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

 Saudara,
            Terima kasih kerana saudara sudi mengutuskan surat buat saya.  Baru-baru ini, saya sekeluarga telah pergi berkunjung ke Sarawak.  Saya berpeluang pergi ke rumah panjang suku kaum Dayak Laut.  Mereka diketuai oleh tuai rumah.  Tuai rumah menjaga anak buahnya dengan baik sekali.

            Mereka sangat mementingkan tetamu.  Meraka melayan tetamu yang datang dengan baik walaupun tidak dikenali.  Mereka akan bercakap dengan suara yang perlahan sambil tersenyum.  Sebelum pulang, saya sempat membeli cenderamata untuk kawan-kawan.

 
Soalan 7

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

     Kawasan pantai begitu sesak. Banyak orang berkunjung untuk menyaksikan  pertandingan memancing. Peserta yang ingin menyertai berbaris di meja pendaftaran. Para peniaga tidak melepas peluang menambah pendapatan. Penduduk yang mengisi masa lapang dengan membuat krat tangan pula berpeluang  hasil  mereka.  Di sekitar pantai pula, petugas menjalankan tugas masing-masing. Suasana kelihatan amat meriah sekali. Tambahan pula, bangsa Melayu, Cina dan India memenuhi pantai tersebut. Anak-anak muda kasihan melihat golongan tua yang bersesakan lalu memberi ruang untuk menyaksi pertandingan memancing tersebut.

Soalan 8

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Gangga Negara merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi.
Rakyatnya berasa bertuah dapat tinggal di negeri tersebut. Tambahan pula, Raja Zarul Syah memerintah dengan bijaksana dan saksama. Baginda dibantu oleh Bendahara Puwirajaya yang menjalankan tugas dengan baik. Beliau tidak memaksa rakyat yang susah untuk membayar cukai. Malah, turut diberi bantuan. Rakyatnya diberi peluang bersuara jika tidak puas hati. Dengan itu, rakyat dapat hidup selesa, aman dan tenteram.

Atas khidmat yang cemerlang itu, Raja Zarul Syah ingin memberi hadiah kepada Bendahara Puwirajaya.  Setelah ditanya hadiah yang diingini, bendahara memaklumkan dia hanya mahukan secupak beras pada hari pertama, dua cupak beras pada hari kedua, empat cupak beras pada hari ketiga. Begitulah seterusnya dalam gandaan dua selama sepurnama. Berkarung-karung beras yang dimilikinya itu diberi pula kapada rakyat yang miskin.

 
Soalan 9

Tulis pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

 
 Alif          :    Bagus juga sekolah kita mengadakan Minggu Kesihatan.  
                      Pelbagai maklumat kita peroleh.                                                                                                                                                    
Zety         :    Saya setuju.Jika berat badan  berlebihan,  kita berisiko mendapat                                              
                     berbagai-bagai jenis penyakit. Oleh itu, kita mestilah mengamalkan                         
                     pemakanan seimbang.
Murali      :    Selain itu, kita juga perlu bersenam atau melakukan aktiviti fizikal yang lain.                  
Ah Seng  :    Saya terkejut apabila membaca tentang jumlah kematian yang
                     meningkat disebabkan demam denggi.
Zety         :    Ini berpunca dari sikap sesetengah orang yang tidak peduli soal        
                     kebersihan.                                                  
Alif           :    Sepatutnya semua orang perlu peka dan sering mengadakan gotong- royong.            
Leela       :    Saya kagum melihat petugas tadi yang melayan pengunjung yang                           
                     bersesak ingin membuat pemeriksaan kesihatan. 
Murali      :    Eh, ada orang buang puntung rokok! Bahaya betul, asapnya pun ada.    

 
Soalan 10

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Datuk Bahaman  merupakan seorang pahlawan yang berjuang menentang penjajah di negeri Pahang. Beliau sanggup mengorbankan diri dan hartanya demi mendapatkan hak. Beliau dan pengikutnya mengharungi berbagai-bagai rintangan sewaktu menentang penjajah. Pengikutnya tetap meneruskan perjuangan. Semangat mereka kian membara apabila melihat pusara sanak saudara. Penjajah membunuh dengan kejam sekali. Setelah bertahun-tahun berjuang hanya menggunakan keris dan tombak, akhirnya keadilan dapat ditegakkan. Harapan Datuk Bahaman untuk melihat anak cucu hidup senang di bumi sendiri termakbul.       

....................SELAMAT MAJU JAYA.......................