Isnin, 21 November 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2011

KEPUTUSAN RASMI UPSR 2011
SK SERI SIAKAP


Bil. Calon 2011 : 76 org
Bil. Lulus : 50 org = 65.79%
GPS : 2.06
Bil. 5A : 9 orang
Kedudukan sekolah : Daerah Kerian tpt ke-15
Negeri Perak tpt ke-211

Peratus Lulus Subjek dan GPMP
BM Pemahaman : 98.7 - GPMP =1.61
BM Penulisan : 92.1 - GPMP = 1.63
BI : 65.8 - GPMP = 2.78
MATEMATIK : 86.8 - GPMP = 2.29
SAINS : 92.1 - GPMP = 1.99

CALON YANG MENCAPAI 5A
1. ANIS HUSNA BT. ABU YAMIN
2. FATIN FARHANA BT. RAFEZZAL
3. NORADILAH BT. AZHARUDDIN
4. NUR AINAA BT. MAT ABU
5. NUR SOLEHAH BT. KHAIRI
6. NUR SYAZWANI BT. ABD WAHAB
7. NURAMALINA BT. MOHD JOHARI
8. NURUL IZZAH BT. HAMDAN
9.NURUL NAJWA BT. ROSLI

CALON YANG MECAPAI 4A 1B
1. AHMAD AFIQ BIN JAMALLUDIN
2. AKHMAL RAFIF BIN MOAHAMD PAISAL
3. AMIRUL ASHRAF BIN MOHAMAD SUPIAN
4. CHE WAN NOR AQILAH BT. CHE WAN SUKRI
5. MOHAMAD SYAZWAN BIN MOHAMAD SAINI
6. MOHAMAD TAUFIK BIN YUNUS
7. MUHAMAD FAIZAM BIN MASRI
8. MUHAMMAD FAIZ FIKRI BIN RADZUAN
9. MUHAMMAD ROHAIZAD BIN ROSLI
10. MUHAMMAD SALMAN BIN MOHD AYOB
11. MUHAMMAD SYAKIR BIN ARBAAIN
12. NOR ALIA BT. RADZI
13. NUR KAMILIA BT. ABD RAHMAN
14. NUR MUNIRAH BT. JAAFAR
15. NURAZIM BIN AYUB

TAHNIAH DIUCAPKAN.........

Jumaat, 13 Mei 2011

KHAS UNTUK SEMUA GURU SK SERI SIAKAP
YANG BERKHIDMAT PENUH DEDIKASI

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Rabu, 23 Februari 2011

TAHNIAH PASUKAN RAGBI RIMAU SKSS 2011


Pertandingan Ragbi Bawah 12 MSSPK Daerah Kerian 2011 telah berlangsung pada 21 - 22 Februari 2011 yang lalu. Pertandingan tersebut diadakan di SK Sg. Megat Aris. Pasukan SKSS diwakili seramai 12 orang pemain di bawah bimbingan dan tunjuk ajar oleh Cikgu Rizuan bin Saad dan 2 orang Pengurus Pasukan iaitu Cikgu Mohd. Hashim dan Ustaz Muhd. Dziharuddin.

Setelah melalui cabaran yang getir, akhirnya Pasukan SKSS berjaya ke peringkat akhir dan bertemu dengan SK Jln. Matang Buluh. Kesudahannya Pasukan SKSS telah menjadi Johan dengan mengalahkan Pasukan SKJMB 29-0. Di samping itu, Muhammad Faiz Fikri b. Radzuan selaku Kapten telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Daerah Kerian 2011.
Tahniah atas kejayaan pasukan ini serta komitmen yang mantap dan jitu daripada Jurulatih dan Pengurus Pasukan SKSS. Semoga Pasukan Ragbi akan lebih berjaya pada masa akan datang.

Selasa, 1 Februari 2011

MINI SUKAN 2011



















Mini Sukan SKSS telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Januari 2011(Isnin) yang lalu. Acara yang dipertandingkan ialah acara padang dan balapan.Setiap rumah sukan bertanding dengan penuh semangat kesukanan.Acara berjalan dengan lancar, tambahan pula cuaca yang cerah turut membantu kelancaran acara pada petang itu.Namun setiap keputusan pada petang itu akan dikumpul dan dibawa ke hari kemuncak sukan SKSS pada bulan Jun nanti.Majulah sukan untuk negara.

Rabu, 26 Januari 2011

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH










































Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 2011 telah diadakan pada 17.01.2011. Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Seri Siakap, Pn. Hajah Dahlia bt. Hassan. Seramai 34 orang Pengawas Sekolah yang terdiri daripada murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 telah menerima watikah pelantikan pengawas.

NORAMALINA BT. MOHD JOHARI telah dilantik sebagai Ketua Pengawas 2011 manakala ANIS HUSNA BT. ABU YAMIN dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas 2011. Selepas penyerahan watikah pelantikan, bacaan ikrar pengawas dibaca, diketuai oleh Noramalina bt. Mohd Johari.

Pihak sekolah mengharapkan pengawas dapat menjalankan tugas yang diamanahkan. Selain itu, dapat membantu guru dalam memastikan disiplin murid pada tahap yang paling baik bagi mencapai kejayaan cemerlang sekolah.

SK SERI SIAKAP BOLEH!