Rabu, 17 November 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010











HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010

TARIKH : 16 NOV. 2010 (SELASA)
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SIAKAP
PERASMI : YDP PIBG (EN. HAMDAN BIN MANSOR)

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN MAJLIS TERSEBUT.

Selasa, 16 November 2010

GAMBAR MURID 5A UPSR 2010













TAHNIAH ! TAHNIAH !

KEPUTUSAN UPSR 2010









Tahniah kepada calon-calon UPSR 2010. 12 calon UPSR telah mencapai 5A.Peratus lulus keseluruhan 86.7%.GPS = 1.83
BM 1 = 98.8% GPMP = 1.34 (Bil. A,64 org = 77.1%)
BM 2 = 97.6% GPMP = 1.31 (Bil. A,65 org = 78.3%)
B.I = 88.0% GPMP = 2.60 (Bil. A,13 org = 15.7%)
Mate = 91.6% GPMP = 2.22 (Bil. A,27 org = 32.5%)
Sains= 100% GPMP = 1.67 (Bil. A,39 org = 47.0%)

Tahniah kepada calon UPSR SKSS yang mencapai 5A:
1. AMIRAH SYAMIMI BT. JUSOP
2. MUHAMMAD AIMAN AZIZI BIN AZHAR
3. MUHAMMAD HAZIQ BIN ISMAIL
4. MUHAMMAD HAZIQ NAJMI BIN ISMAIL
5. NOOR FARINA NATASA BT. MOHAMAD KAMAL
6. NORAINA BT. SANIK
7. NUR HANIS BT. SAIDIN
8. NURSYAFIQQAH NAJWA BT. AMRAN
9. NURUL ASMALINA BT. ABD KAMAR
10. NURUL ATHIRAH BT. JAMIL
11. NURUL AZIRA BT. AZIZAN
12. NURUL FASIHAH BT. AZHAR

Tahniah juga kepada calon yang mencapai 4A1B (10 ORG)
1.AFIQ IDHAM
2.FATIN NABILAH
3.FITRY SHAHIRA
4.MUHAMAD ALIF IMRAN
5.MUHAMAD NAJMI BIN HARIS
6.NUR NAZIRAH BT. ABD SAMAT
7.NURAZWA BT. JAMHARI
8.SITI AMINAH SOLEHAH
9.SITI QURRATU AIN
10.SYAKIRA

4A1C (6 ORG)
1.AHMAD ZHAFRI ZAL HASMI
2.MUHAMAD AMIRUL B. JAHAYA
3.MUHAMAD FAIZ B. JAMHARI
4.MUHAMAD FAKHRULRAZI
5.MUHAMAD HAIRUL AZRIN
6.NORAIDA SHAFIKAH

UCAPAN SEKALUNG TAHNIAH KEPADA 'TEAM' CIKGUCIKGU TAHUN 6 YG BERTUNGKUS LUMUS UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN SEKOLAH KITA.
BM 1 : PN. JEMILAH BT. SALIM, EN. MOHD HASHIM BIN MUD, PN. MASZITA BT. MOHD PIAH
BM 2 : PN. RUSNAH BT. ISMAIL , EN. MOHD NAZRIB. ABD RANI , PN. RASNAH BT. AHMAD
B. ING. : PN. EMILLIA BT. MAT TAHA , CIK HAJAH ROSNI BT. ABD WAHID
MATEMATIK : EN. ABDUL WAHAB BIN SAHARI DAN PN. NURFATIN BT. MOHD SALLEH
SAINS : PN. JAEMAH BT. SABRI , PN. SITI NORIAH BT. ABDUL RASHID DAN. PN. BANIN BT. AHMAD

Khamis, 2 September 2010

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2010






Sambutan ambang merdeka peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Siakap telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Ogos 2010 bersamaan dengan hari Isnin.Sambutan kali ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak diikuti ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, En. Ahmad b. Abdul Samad.Acara diteruskan lagi dengan segmen 'Rentetan Sejarah' yang disampaikan oleh Pn. Jaemah bt. Sabri.Bagi memeriahkan lagi suasana, murid-murid turut mengambil bahagian dalam acara mendeklamasi sajak kemerdekaan.Suasana digamatkan lagi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh semua murid dan guru.Seterusnya laungan kemerdekaan disempurnakan oleh En. Abd. Wahab b. Sahari.

Ahad, 8 Ogos 2010

PERCUBAAN UPSR 2010

border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5502976999683000418" />



Pada 13-15 Julai 2010 Peperiksaan Percubaan UPSR 2010 telah dijalankan.

Daripada 84 orang calon, 69 orang telah lulus semua matapelajaran.
Peratus lulus keseluruhan 82.14%.

Bilangan 5A : 10 orang. GPS : 2.02

Peratus matapelajaran :
BM 1 (PEMAHAMAN): 98.81%
BM 2 (PENULISAN): 100.0%
B.INGGERIS : 85.71%
MATEMATIK : 94.05%
SAINS : 98.81%

PELAJAR MENCAPAI 5A
1. MUHAMAD HAZIQ BIN ISMAIL
2. NURSYAFIQQAH NAJWA BINTI AMRAN
3. NUR HANIS BT SAIDIN
4. NURUL AZIRA BT AZIZAN
5. NORAINA BT SANIK
6. NURUL ASMALINA BT. ABD KAMAR
7. NURUL ATHIRAH BINTI JAMIL
8. MUHAMAD HAZIQ NAJMI BIN ISMAIL
9. MUHAMMAD AIMAN AZIZI BIN AZHAR
10.SYAKIRA BT. MD ISA

BIL. PELAJAR MENCAPAI 4A 1B : 9 ORANG

1. AMIRAH SYAMIMI BT. JUSOP (B - BM 1)
2. NURUL FASIHAH BT. AZHAR ( B - BM 1)
3. NURAZWA BT. JAMHARI (B - B.I)
4. FITRY SHAHIRA BT. NAZRY (B - BM 1)
5. NOOR FARINA NATSHA BT. MOHD KAMAL (B - MT)
6. AFIQ IDHAM BIN AZIMAN ALI (B - B.I)
7. SITI AMINAH SOLEHAH BT. IBRAHIM (B - B.I)
8. AHMAD ZHAFRIZAL HASMI BIN MOHD HASHIM ( B - B.I)
9. NOR FAIZAH BT SANOSI (B - B.1)

SEMOGA TARGET SERAMAI 16 ORANG MENCAPAI 5A TERCAPAI.

Khamis, 3 Jun 2010

ANALISA PENGESANAN 2 DAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Ujian Pengesanan 2 untuk tahun 6 telah diadakan pada bulan April yang lalu.

Daripada 84 orang calon, 68 orang telah lulus semua matapelajaran.
Peratus lulus keseluruhan 80.95%.

Bilangan 5A : 9 orang. GPS : 2.17

Peratus matapelajaran :
BM 1 (PEMAHAMAN): 98.81%
BM 2 (PENULISAN): 98.81%
B.INGGERIS : 85.71%
MATEMATIK : 84.52%
SAINS : 91.67%

PELAJAR MENCAPAI 5A
1. NUR HANIS BT SAIDIN
2. NURSYAFIQQAH NAJWA BINTI AMRAN
3. NURUL ASMALINA BT. ABD KAMAR
4. MUHAMAD HAZIQ BIN ISMAIL
5. MUHAMMAD AIMAN AZIZI BIN AZHAR
6. NORAINA BT SANIK
7. NURUL FASIHAH BT. AZHAR
8. NURUL AZIRA BT AZIZAN
9. SYAKIRA BT. MD ISA

BIL. PELAJAR MENCAPAI 4A 1B : 8 ORANG


ANALISA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

Daripada 84 orang calon, 69 orang telah lulus semua matapelajaran.
Peratus lulus keseluruhan 82.14%.

Bilangan 5A : 11 orang. GPS : 2.02

Peratus matapelajaran :
BM 1 (PEMAHAMAN): 96.13%
BM 2 (PENULISAN): 100%
B.INGGERIS : 83.33%
MATEMATIK : 88.10%
SAINS : 97.62%

PELAJAR MENCAPAI 5A
1. NUR HANIS BT SAIDIN
2. MUHAMAD HAZIQ BIN ISMAIL
3. NURUL AZIRA BT AZIZAN
4. NURSYAFIQQAH NAJWA BINTI AMRAN
5. AMIRAH SYAMIMI BT JUSOP
6. NORAINA BT SANIK
7. MUHAMMAD HAZIQ NAJMI BIN ISMAIL
8. SYAKIRA BT. MD ISA
9. MUHAMMAD AIMAN AZIZI BIN AZHAR
10.NURUL ATHIRAH BT. JAMIL
11.NURUL ASMALINA BT. ABD KAMAR

BIL. PELAJAR MENCAPAI 4A 1B : 5 ORANG

Warga SKSS berharap target 16 org mencapai 5A UPSR 2010 akan tercapai.
SKSS BOLEH !

Sabtu, 8 Mei 2010

Sekadar Renungan Bersama Sempena Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu
Renungkan:

“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.
Al-Fatihah juga kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga.
Sementara kita yang masih memiliki ibu,sayangilah mereka seperti mereka mengasihi sewaktu kita kecil dulu,jadilah anak yang terbaik buat ibu kita.Renungkanlah sudah cukupkah pengorbanan dan kasih sayang kita pada ibu,berilah mereka tangisan kegembiraan bukanlah tangisan duka,jaga hatinya.Bukan duit dan harta kita yg ibu mahu....ibu hanya mahukan kasih sayang & perhatian daripada kita anaknya.Sedih bila masih ada anak yang pinggirkan kedua ibu bapa mereka..

Sayangilah ibu kita sementara dia masih ada...Ibu kaulah ratu hatiku...
"YA ALLAH kau tempatkanlah ibu bapaku bersama roh-roh org yg soleh ampunkan dosa2 ku & juga dosa kedua ibu bapa ku yang telah melahirkan & membesarkan aku,kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil dahulu. "- Amin.

Kembalinya Sebuah Perjalanan



Hari ini kembalilah sebuah perjalanan, bagi seorang cikgu. Tn. Hj. Said bin Mohamad Saman PK HEM SK Seri Siakap telah kembali kerahmatullah pd pukul 10 pagi dan selamat dikebumikan selepas Asar.

Warga SKSS mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yg soleh. 3.10.1952 - 8.5.2010 sebuah perjalanan yang panjang untuk seorang anak, lelaki, abang, suami, ayah , cikgu yang telah berjasa sepanjang hayatnya. Al Fatihah.

Selasa, 4 Mei 2010

ANALISA PENGESANAN 1 TAHUN 6

Ujian Pengesanan 1 telah diadakan pd Mac 2010.
Daripada 84 orang calon, Bil. lulus 53 orang, Peratus : 63.10%
GPS : 2.31, Bilangan 5A 8 orang.

Peratus matapelajaran :
BM 1 : semua lulus , 100%
BM 2 : bil lulus 83 org , 98.81%
BI : Bil lulus 66 org, 78.57%
Matematik : Bil lulus 64 org, 76.19%
Sains : Bil lulus 61 org,26.51%

Pelajar 5A :
1. Mohamad Haziq bin Ismail
2. Nur Hanis
3. Nurul Fasihah
4. Amirah Syamimi
5. Nur Syafiqqah Najwa
6. Syakira
7. Nurul Asmalina
8. Muhammad Aiman Azizi

Bil 4A 1B : 5 orang

Warga SKSS berharap target 16 org mencapai 5a UPSR 2010 akan tercapai.
SKSS BOLEH !

Isnin, 3 Mei 2010

Sekadar ingatan....

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut. Sambung pemuda itu lagi...

"Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain," Pemuda itu menyambung lagi..

"Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Isnin, 26 April 2010

Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2010






Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2010 telah dirasmikan pelancarannya pada 24 April 2010
(Sabtu) oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En. Ahmad b. Abdul Samad dengan jayanya.Aktiviti yang dijalankan ialah membaca buku secara senyap selama 10 minit pada waktu perhimpunan mingguan.Aktiviti itu melibatkan semua murid SKSS dan barisan para guru.Seterusnya program ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti bicara buku oleh adik Anis Husna bt. Abu Yamin dari kelas 5 Bestari.Program ini adalah kesinambungan daripada program membaca pada waktu pagi sebelum waktu persekolahan bermula.Semoga program ini dapat menimbulkan minat membaca warga SKSS dan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.Insya-Allah.

Rabu, 24 Mac 2010

Temasya Olahraga Tahunan SK.Seri Siakap















Temasya olahraga tahunan SK.Seri Siakap telah berlangsung pada 4 Februari 2010(Khamis)
Temasya olahraga pada tahun ini telah berlangsung dengan penuh kemeriahan.Setiap rumah sukan yang bertanding telah mempamerkan kesungguhan dan semangat kesukanan yang tinggi.Temasya kali ini juga telah menobatkan rumah hijau sebagai johan keseluruhan.Slogan yang dipilih iaitu 'Hijau Boleh' telah berjaya merealisasikan impian pasukan rumah hijau.Tahniah kepada yang berjaya manakala kepada yang tidak berjaya usaha lagi pada tahun hadapan.

Selasa, 23 Mac 2010

KENALI SK.SERI SIAKAP

MISI SEKOLAH

Melaksanakan dasar Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek , rohani, emosi dan jasmani membentuk generasi yang terbilang 2010.

VISI SEKOLAH


SKSS Berilmu dan Terbilang 2010.

SEJARAH SEKOLAH

Ditubuhkan pada tahun 1888 dengan nama Sekolah Melayu Lelaki Sungai Siakap. Bangunannya hanya diperbuat daripada kayu , berdindingkan pelepah kelapa dan berlantaikan tanah.

Pada tahun 1904 Sekolah Melayu Perempuan Sungai Siakap ditubuhkan. Lima puluh dua tahun selepas itu , iaitu pada tahun 1956 kedua-dua sekolah ini telah disatukan dan diberi nama Sekolah Umum Sungai Siakap.

Dalam tahun 1980 sebuah bangunan baru tiga tingkat telah dibina dan dirasmikan oleh oleh wakil YAB Menteri Besar Perak, Encik Khalid bin Nasir. Sekolah Umum Sungai Siakap juga telah berubah nama kepada Sekolah Kebangsaan Seri Siakap.

Pada sambutan perayaan Jubli Emas sekolah ini , iaitu pada tahun 1988, dua buah bangunan tiga tingkat telah didirikan dan seterusnya dirasmikan oleh Yang Berhormat Saudara Anwar Ibrahim yang ketika itu menyandang jawatan Menteri Pelajaran Malaysia.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1988 hingga 2006, sekolah ini diterajui oleh dua puluh lima orang guru besar.