Rabu, 23 Februari 2011

TAHNIAH PASUKAN RAGBI RIMAU SKSS 2011


Pertandingan Ragbi Bawah 12 MSSPK Daerah Kerian 2011 telah berlangsung pada 21 - 22 Februari 2011 yang lalu. Pertandingan tersebut diadakan di SK Sg. Megat Aris. Pasukan SKSS diwakili seramai 12 orang pemain di bawah bimbingan dan tunjuk ajar oleh Cikgu Rizuan bin Saad dan 2 orang Pengurus Pasukan iaitu Cikgu Mohd. Hashim dan Ustaz Muhd. Dziharuddin.

Setelah melalui cabaran yang getir, akhirnya Pasukan SKSS berjaya ke peringkat akhir dan bertemu dengan SK Jln. Matang Buluh. Kesudahannya Pasukan SKSS telah menjadi Johan dengan mengalahkan Pasukan SKJMB 29-0. Di samping itu, Muhammad Faiz Fikri b. Radzuan selaku Kapten telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Daerah Kerian 2011.
Tahniah atas kejayaan pasukan ini serta komitmen yang mantap dan jitu daripada Jurulatih dan Pengurus Pasukan SKSS. Semoga Pasukan Ragbi akan lebih berjaya pada masa akan datang.

1 ulasan:

  1. tahniah buat sekolah SKSS. di harap kejayaan ini akan terus berkekalan dan tidak lupa kpd cikgu, semoga tidak jemu melatih mereka supaya menjadi yang terbaik..THE BEST!!!

    BalasPadam