Rabu, 26 Januari 2011

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH










































Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 2011 telah diadakan pada 17.01.2011. Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Seri Siakap, Pn. Hajah Dahlia bt. Hassan. Seramai 34 orang Pengawas Sekolah yang terdiri daripada murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 telah menerima watikah pelantikan pengawas.

NORAMALINA BT. MOHD JOHARI telah dilantik sebagai Ketua Pengawas 2011 manakala ANIS HUSNA BT. ABU YAMIN dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas 2011. Selepas penyerahan watikah pelantikan, bacaan ikrar pengawas dibaca, diketuai oleh Noramalina bt. Mohd Johari.

Pihak sekolah mengharapkan pengawas dapat menjalankan tugas yang diamanahkan. Selain itu, dapat membantu guru dalam memastikan disiplin murid pada tahap yang paling baik bagi mencapai kejayaan cemerlang sekolah.

SK SERI SIAKAP BOLEH!

1 ulasan:

  1. alhamdulillah, seri siakap ada ketua pengawas perempuan...go go chaiyok
    from,
    timb. ketua pengawas 1998

    BalasPadam