Soalan 1
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan
di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak
lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Pada cuti
sekolah yang lalu, Azli telah berkunjung ke rumah datuk dan nenek di sebuah
perkampungan FELDA di Pahang. Apabila
sampai, Azli bersalam dengan datuk dan neneknya. Ketika itu, nenek sedang
menggubah bunga dengan menggunakan bahan terbuang. Azli segera membantu neneknya menyiapkan
tempahan bunga daripada pelanggan. Azli
suka tinggal di kampung kerana udaranya segar dan pemandangan yang indah. Penduduknya pula bermuafakat dan saling
membantu sewaktu kenduri kendara.
Soalan 2
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan
di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak
lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Hari itu Hani bangun awal pagi. Ayahnya akan
membawa mereka sekeluarga berkelah di taman tema air. Sebaik sampai, Hani lihat ramai orang
berkelah di situ. Semua pengunjung perlu
membeli tiket dan beratur di pintu masuk.
Pengunjung
juga tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman. Terdapat berbagai-bagai kemudahan disediakan
di situ. Antaranya, tong sampah
disediakan di merata tempat. Sebelum
mandi, ibu berpesan agar Hani dan adiknya tidak mandi di tempat yang
dalam. Oleh itu, Hani sentiasa mengawasi
adiknya sewaktu bermandi-manda.
Soalan 3
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan
di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak
lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Pada hari Sabtu yang lalu, warga Sekolah Kebangsaan Seri Kasih telah mengadakan
Gotong-royong Perdana. Ibu bapa dan
penduduk kampung turut serta. Tujuan diadakan gotong-royong adalah untuk membersih
persekitaran sekolah.
Sebelum
bergotong-royong, murid-murid telah diagihkan kepada kumpulan supaya kerja
dapat diselesaikan dengan segera. Semua
murid mengikut arahan yang diberi.
Mereka melakukannya dengan senang hati.
Setelah selesai, guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang
menjayakan program tersebut.
CUKUP DULU 3 SET SOALAN.... CIKGU RASNAH BERHARAP SEMUA MURID SKSS YANG MENGINTAI BLOG INI MENCUBA LATIHAN YANG CIKGU BERIKAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan