Soalan 4
Tulis lima nilai yang dapat kamu
peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Azli dan Farid
berjalan kaki ke kedai buku.Walaupun mempunyai basikal, mereka lebih suka
berjalan kaki untuk kecergasan badan. Mereka berjalan di lorong pejalan kaki.
Tiba-tiba mereka ternampak seorang buta hendak melintas jalan. Dengan pantas
Azli memimpin orang buta itu. Sebelum melintas jalan, Azli dan Farid melihat ke
kiri dan ke kanan terlebih dahulu. Orang buta itu mengucapkan terima kasih
kepada mereka berdua.
Soalan 5
Tulis lima nilai yang dapat kamu
peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Jumaat 14 Mac 2010
Kami tiba di
tapak perkhemahan. Aku terpesona melihat keindahan alam yang belum diteroka.
Terdapat banyak flora dan fauna yang menarik yang menarik perhatian. Kami
dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan memasang khemah seperti
diarahkan. Kemudian, kami mencari kayu api dan memasak bersama-sama.
Sabtu 15 Mac 2010
Aktiviti
meredah hutan dijalankan. Aku mencatat nama tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang
kami temukan. Cikgu Kahar menyatakan kayu-kayan di negara kita amat berharga.
Cikgu Kahar menyuruh kami mengemas
barang. Sebelum pulang, kami membersihkan tapak perkhemahan. Cikgu Kahar
gembira kerana kami telah mengikut jadual yang ditetapkan sepanjang perkhemahan
dijalankan.
Soalan 6
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan
di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak
lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Saudara,
Terima
kasih kerana saudara sudi mengutuskan surat buat saya. Baru-baru ini, saya sekeluarga telah pergi
berkunjung ke Sarawak. Saya berpeluang
pergi ke rumah panjang suku kaum Dayak Laut.
Mereka diketuai oleh tuai rumah.
Tuai rumah menjaga anak buahnya dengan baik sekali.
Mereka
sangat mementingkan tetamu. Meraka
melayan tetamu yang datang dengan baik walaupun tidak dikenali. Mereka akan bercakap dengan suara yang
perlahan sambil tersenyum. Sebelum
pulang, saya sempat membeli cenderamata untuk kawan-kawan.
Soalan 7
Tulis lima nilai yang dapat kamu
peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Kawasan pantai begitu sesak. Banyak orang
berkunjung untuk menyaksikan
pertandingan memancing. Peserta yang ingin menyertai berbaris di meja
pendaftaran. Para peniaga tidak melepas
peluang menambah pendapatan. Penduduk yang mengisi masa lapang dengan membuat
krat tangan pula berpeluang hasil mereka.
Di sekitar pantai pula, petugas menjalankan tugas masing-masing. Suasana
kelihatan amat meriah sekali. Tambahan pula, bangsa Melayu, Cina dan India
memenuhi pantai tersebut. Anak-anak muda kasihan melihat golongan tua yang
bersesakan lalu memberi ruang untuk menyaksi pertandingan memancing tersebut.
Soalan 8
Tulis lima nilai yang dapat kamu
peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Gangga Negara
merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi.
Rakyatnya berasa bertuah dapat tinggal
di negeri tersebut. Tambahan pula, Raja Zarul Syah memerintah dengan bijaksana
dan saksama. Baginda dibantu oleh Bendahara Puwirajaya yang menjalankan tugas
dengan baik. Beliau tidak memaksa rakyat yang susah untuk membayar cukai.
Malah, turut diberi bantuan. Rakyatnya diberi peluang bersuara jika tidak puas
hati. Dengan itu, rakyat dapat hidup selesa, aman dan tenteram.
Atas khidmat yang cemerlang itu, Raja
Zarul Syah ingin memberi hadiah kepada Bendahara Puwirajaya. Setelah ditanya hadiah yang diingini, bendahara
memaklumkan dia hanya mahukan secupak beras pada hari pertama, dua cupak beras
pada hari kedua, empat cupak beras pada hari ketiga. Begitulah seterusnya dalam
gandaan dua selama sepurnama. Berkarung-karung beras yang dimilikinya itu
diberi pula kapada rakyat yang miskin.
Soalan 9
Tulis
pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih daripada
50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Alif
:
Bagus juga sekolah kita mengadakan Minggu Kesihatan.
Pelbagai maklumat kita peroleh.
Zety :
Saya setuju.Jika berat badan
berlebihan, kita berisiko
mendapat
berbagai-bagai jenis
penyakit. Oleh itu, kita mestilah mengamalkan
pemakanan seimbang.
Murali :
Selain itu, kita juga perlu bersenam atau melakukan aktiviti fizikal yang
lain.
Ah Seng :
Saya terkejut apabila membaca tentang jumlah kematian yang
meningkat disebabkan demam
denggi.
Zety : Ini
berpunca dari sikap sesetengah orang yang tidak peduli soal
kebersihan.
Alif :
Sepatutnya semua orang perlu peka dan sering mengadakan gotong- royong.
Leela :
Saya kagum melihat petugas tadi yang melayan pengunjung yang
bersesak ingin membuat
pemeriksaan kesihatan.
Murali : Eh, ada orang buang puntung rokok! Bahaya
betul, asapnya pun ada.
Soalan 10
Tulis lima nilai yang dapat kamu
peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Datuk Bahaman merupakan seorang
pahlawan yang berjuang menentang penjajah di negeri Pahang. Beliau sanggup
mengorbankan diri dan hartanya demi mendapatkan hak. Beliau dan pengikutnya
mengharungi berbagai-bagai rintangan sewaktu menentang penjajah. Pengikutnya
tetap meneruskan perjuangan. Semangat mereka kian membara apabila melihat
pusara sanak saudara. Penjajah membunuh dengan kejam sekali. Setelah
bertahun-tahun berjuang hanya menggunakan keris dan tombak, akhirnya keadilan
dapat ditegakkan. Harapan Datuk Bahaman untuk melihat anak cucu hidup senang di
bumi sendiri termakbul.
....................SELAMAT MAJU JAYA.......................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan