Isnin, 25 Jun 2012
BAHAGIAN C BM PENULISAN
Isnin, 16 April 2012
PERGI TAK KEMBALI......
Tanggal 11 April 2012 warga SK Seri Siakap dikejutkan dengan satu berita yang amat memilukan.Hari itu, sekolah telah kehilangan seorang guru yang amat dedikasi, disayangi oleh teman-teman dan anak-anak didiknya. Beliau yang dimaksudkan ialah Pn. Banin bt. Ahmad.Pemergiannya bukan setakat ditangisi oleh keluarga dan anak-anaknya, tetapi turut dirasai oleh guru-guru rakan seperjuangan dan anak-anak didik beliau.Beliau telah berkhidmat di SK Seri Siakap lebih kurang 9 tahun.Segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kekal tersemat disanubari.Kembalinya beliau ke rahmatullah merupakan satu kehilangan yang besar bagi pihak sekolah amnya, dan buat murid-murid tahun 6 Gemilang serta anak-anak murid beliau khasnya terutamanya dalam mata pelajaran Sains.Semoga rohnya aman bersemadi disana dan dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.Al-Fatihah.
KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KERIAN 2012





Kejohanan peringkat daerah ini telah berlangsung pada 31 Mac 2012 (Sabtu) yang lalu di padang SK Baru Parit Buntar.Seramai 3 orang pemain lelaki dan 2 orang pemain perempuan sekolah telah dipilih untuk mewakili kelompok 3 dalam kejohanan tersebut .Perlawanan akhir bagi pasukan lelaki dan perempuan telah bertemu dengan pasukan dari kelompok 4.Begitu sengit perlawanan bagi kedua-dua pihak.Akhirnya, kedua-dua pasukan dari kelompok 3 telah berjaya menjadi johan , buat kali pertama dalam sejarah.Syabas dan tahniah diucapkan buat pemain yang mewakili sekolah dan juga pasukan yang mewakili kelompok 3.
KEJOHANAN BOLA BALING KELOMPOK 3 2012



Kejohanan Bola Baling Kelompok 3 telah diadakan pada 3 Mac 2012(Sabtu) yang lalu.Kejohanan ini melibatkan sekolah-sekolah dalam kelompok tiga.Sekolah Kebangsaan Seri Siakap telah menghantar pasukan lelaki dan pasukan perempuan.Pasukan lelaki telah berjaya menjadi naib johan manakala pasukan perempuan mendapat tempat keempat.Johan bagi kedua-dua kategori dibolot oleh pasukan dari Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau.Tahniah diucapkan kepada pasukan lelaki dan perempuan, jurulatih serta guru-guru yang terlibat.Semoga pasukan sekolah akan lebih cemerlang pada masa-masa akan datang.
Jumaat, 2 Mac 2012
AZAM SK SERI SIAKAP 2012
Target tahun 2011 tersasar, tapi 2012 kami akan bangkit kembali dgn azam 24 orang murid 6 GEMILANG akan mencapai 5A dlm UPSR 2012.
GPS 1.80 akan kami gapai, akan kami genggam. Peratus lulus 89.47 akan kami hadiahkan kepada kami atas usaha gigih kami. (Hadiah daripada kami untuk kami jua).
95 orang calon UPSR tahun ini adalah jumlah calon paling ramai semenjak tahun 2000.
Tahun 2012, Kelas 6 Gemilang diwujudkan. 24 orang murid ini adalah penghuni pertama kelas ini. 6 Bestari, 25 orang, 6 Pintar 26 orang dan kelas 6 Harapan seramai 20 orang murid merupakan murid harapan kami agar semuanya lulus sekurang-kurangnya C.
Semoga azam kami akan dapat kami realisasikan dengan kerjasama semua warga SKSS.
SKSS GEMILANG 2012.
Isnin, 21 November 2011
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2011
SK SERI SIAKAP
Bil. Calon 2011 : 76 org
Bil. Lulus : 50 org = 65.79%
GPS : 2.06
Bil. 5A : 9 orang
Kedudukan sekolah : Daerah Kerian tpt ke-15
Negeri Perak tpt ke-211
Peratus Lulus Subjek dan GPMP
BM Pemahaman : 98.7 - GPMP =1.61
BM Penulisan : 92.1 - GPMP = 1.63
BI : 65.8 - GPMP = 2.78
MATEMATIK : 86.8 - GPMP = 2.29
SAINS : 92.1 - GPMP = 1.99
CALON YANG MENCAPAI 5A
1. ANIS HUSNA BT. ABU YAMIN
2. FATIN FARHANA BT. RAFEZZAL
3. NORADILAH BT. AZHARUDDIN
4. NUR AINAA BT. MAT ABU
5. NUR SOLEHAH BT. KHAIRI
6. NUR SYAZWANI BT. ABD WAHAB
7. NURAMALINA BT. MOHD JOHARI
8. NURUL IZZAH BT. HAMDAN
9.NURUL NAJWA BT. ROSLI
CALON YANG MECAPAI 4A 1B
1. AHMAD AFIQ BIN JAMALLUDIN
2. AKHMAL RAFIF BIN MOAHAMD PAISAL
3. AMIRUL ASHRAF BIN MOHAMAD SUPIAN
4. CHE WAN NOR AQILAH BT. CHE WAN SUKRI
5. MOHAMAD SYAZWAN BIN MOHAMAD SAINI
6. MOHAMAD TAUFIK BIN YUNUS
7. MUHAMAD FAIZAM BIN MASRI
8. MUHAMMAD FAIZ FIKRI BIN RADZUAN
9. MUHAMMAD ROHAIZAD BIN ROSLI
10. MUHAMMAD SALMAN BIN MOHD AYOB
11. MUHAMMAD SYAKIR BIN ARBAAIN
12. NOR ALIA BT. RADZI
13. NUR KAMILIA BT. ABD RAHMAN
14. NUR MUNIRAH BT. JAAFAR
15. NURAZIM BIN AYUB
TAHNIAH DIUCAPKAN.........
Selasa, 17 Mei 2011
Jumaat, 13 Mei 2011
YANG BERKHIDMAT PENUH DEDIKASI
GURU OH GURU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Rabu, 23 Februari 2011
TAHNIAH PASUKAN RAGBI RIMAU SKSS 2011
