Isnin, 25 Jun 2012

BAHAGIAN C BM 2 (sambungan..)


Soalan 4

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

 
Azli dan Farid berjalan kaki ke kedai buku.Walaupun mempunyai basikal, mereka lebih suka berjalan kaki untuk kecergasan badan. Mereka berjalan di lorong pejalan kaki. Tiba-tiba mereka ternampak seorang buta hendak melintas jalan. Dengan pantas Azli memimpin orang buta itu. Sebelum melintas jalan, Azli dan Farid melihat ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu. Orang buta itu mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua.

Soalan 5

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

 
Jumaat 14 Mac 2010
Kami tiba di tapak perkhemahan. Aku terpesona melihat keindahan alam yang belum diteroka. Terdapat banyak flora dan fauna yang menarik yang menarik perhatian. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan memasang khemah seperti diarahkan. Kemudian, kami mencari kayu api dan memasak bersama-sama.

Sabtu 15 Mac 2010
Aktiviti meredah hutan dijalankan. Aku mencatat nama tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang kami temukan. Cikgu Kahar menyatakan kayu-kayan di negara kita amat berharga.
            Cikgu Kahar menyuruh kami mengemas barang. Sebelum pulang, kami membersihkan tapak perkhemahan. Cikgu Kahar gembira kerana kami telah mengikut jadual yang ditetapkan sepanjang perkhemahan dijalankan.

Soalan 6

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

 Saudara,
            Terima kasih kerana saudara sudi mengutuskan surat buat saya.  Baru-baru ini, saya sekeluarga telah pergi berkunjung ke Sarawak.  Saya berpeluang pergi ke rumah panjang suku kaum Dayak Laut.  Mereka diketuai oleh tuai rumah.  Tuai rumah menjaga anak buahnya dengan baik sekali.

            Mereka sangat mementingkan tetamu.  Meraka melayan tetamu yang datang dengan baik walaupun tidak dikenali.  Mereka akan bercakap dengan suara yang perlahan sambil tersenyum.  Sebelum pulang, saya sempat membeli cenderamata untuk kawan-kawan.

 
Soalan 7

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

     Kawasan pantai begitu sesak. Banyak orang berkunjung untuk menyaksikan  pertandingan memancing. Peserta yang ingin menyertai berbaris di meja pendaftaran. Para peniaga tidak melepas peluang menambah pendapatan. Penduduk yang mengisi masa lapang dengan membuat krat tangan pula berpeluang  hasil  mereka.  Di sekitar pantai pula, petugas menjalankan tugas masing-masing. Suasana kelihatan amat meriah sekali. Tambahan pula, bangsa Melayu, Cina dan India memenuhi pantai tersebut. Anak-anak muda kasihan melihat golongan tua yang bersesakan lalu memberi ruang untuk menyaksi pertandingan memancing tersebut.

Soalan 8

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Gangga Negara merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi.
Rakyatnya berasa bertuah dapat tinggal di negeri tersebut. Tambahan pula, Raja Zarul Syah memerintah dengan bijaksana dan saksama. Baginda dibantu oleh Bendahara Puwirajaya yang menjalankan tugas dengan baik. Beliau tidak memaksa rakyat yang susah untuk membayar cukai. Malah, turut diberi bantuan. Rakyatnya diberi peluang bersuara jika tidak puas hati. Dengan itu, rakyat dapat hidup selesa, aman dan tenteram.

Atas khidmat yang cemerlang itu, Raja Zarul Syah ingin memberi hadiah kepada Bendahara Puwirajaya.  Setelah ditanya hadiah yang diingini, bendahara memaklumkan dia hanya mahukan secupak beras pada hari pertama, dua cupak beras pada hari kedua, empat cupak beras pada hari ketiga. Begitulah seterusnya dalam gandaan dua selama sepurnama. Berkarung-karung beras yang dimilikinya itu diberi pula kapada rakyat yang miskin.

 
Soalan 9

Tulis pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

 
 Alif          :    Bagus juga sekolah kita mengadakan Minggu Kesihatan.  
                      Pelbagai maklumat kita peroleh.                                                                                                                                                    
Zety         :    Saya setuju.Jika berat badan  berlebihan,  kita berisiko mendapat                                              
                     berbagai-bagai jenis penyakit. Oleh itu, kita mestilah mengamalkan                         
                     pemakanan seimbang.
Murali      :    Selain itu, kita juga perlu bersenam atau melakukan aktiviti fizikal yang lain.                  
Ah Seng  :    Saya terkejut apabila membaca tentang jumlah kematian yang
                     meningkat disebabkan demam denggi.
Zety         :    Ini berpunca dari sikap sesetengah orang yang tidak peduli soal        
                     kebersihan.                                                  
Alif           :    Sepatutnya semua orang perlu peka dan sering mengadakan gotong- royong.            
Leela       :    Saya kagum melihat petugas tadi yang melayan pengunjung yang                           
                     bersesak ingin membuat pemeriksaan kesihatan. 
Murali      :    Eh, ada orang buang puntung rokok! Bahaya betul, asapnya pun ada.    

 
Soalan 10

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Datuk Bahaman  merupakan seorang pahlawan yang berjuang menentang penjajah di negeri Pahang. Beliau sanggup mengorbankan diri dan hartanya demi mendapatkan hak. Beliau dan pengikutnya mengharungi berbagai-bagai rintangan sewaktu menentang penjajah. Pengikutnya tetap meneruskan perjuangan. Semangat mereka kian membara apabila melihat pusara sanak saudara. Penjajah membunuh dengan kejam sekali. Setelah bertahun-tahun berjuang hanya menggunakan keris dan tombak, akhirnya keadilan dapat ditegakkan. Harapan Datuk Bahaman untuk melihat anak cucu hidup senang di bumi sendiri termakbul.       

....................SELAMAT MAJU JAYA.......................