Isnin, 16 April 2012

PERGI TAK KEMBALI......


Tanggal 11 April 2012 warga SK Seri Siakap dikejutkan dengan satu berita yang amat memilukan.Hari itu, sekolah telah kehilangan seorang guru yang amat dedikasi, disayangi oleh teman-teman dan anak-anak didiknya. Beliau yang dimaksudkan ialah Pn. Banin bt. Ahmad.Pemergiannya bukan setakat ditangisi oleh keluarga dan anak-anaknya, tetapi turut dirasai oleh guru-guru rakan seperjuangan dan anak-anak didik beliau.Beliau telah berkhidmat di SK Seri Siakap lebih kurang 9 tahun.Segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kekal tersemat disanubari.Kembalinya beliau ke rahmatullah merupakan satu kehilangan yang besar bagi pihak sekolah amnya, dan buat murid-murid tahun 6 Gemilang serta anak-anak murid beliau khasnya terutamanya dalam mata pelajaran Sains.Semoga rohnya aman bersemadi disana dan dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.Al-Fatihah.

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH KERIAN 2012






Kejohanan peringkat daerah ini telah berlangsung pada 31 Mac 2012 (Sabtu) yang lalu di padang SK Baru Parit Buntar.Seramai 3 orang pemain lelaki dan 2 orang pemain perempuan sekolah telah dipilih untuk mewakili kelompok 3 dalam kejohanan tersebut .Perlawanan akhir bagi pasukan lelaki dan perempuan telah bertemu dengan pasukan dari kelompok 4.Begitu sengit perlawanan bagi kedua-dua pihak.Akhirnya, kedua-dua pasukan dari kelompok 3 telah berjaya menjadi johan , buat kali pertama dalam sejarah.Syabas dan tahniah diucapkan buat pemain yang mewakili sekolah dan juga pasukan yang mewakili kelompok 3.

KEJOHANAN BOLA BALING KELOMPOK 3 2012




Kejohanan Bola Baling Kelompok 3 telah diadakan pada 3 Mac 2012(Sabtu) yang lalu.Kejohanan ini melibatkan sekolah-sekolah dalam kelompok tiga.Sekolah Kebangsaan Seri Siakap telah menghantar pasukan lelaki dan pasukan perempuan.Pasukan lelaki telah berjaya menjadi naib johan manakala pasukan perempuan mendapat tempat keempat.Johan bagi kedua-dua kategori dibolot oleh pasukan dari Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau.Tahniah diucapkan kepada pasukan lelaki dan perempuan, jurulatih serta guru-guru yang terlibat.Semoga pasukan sekolah akan lebih cemerlang pada masa-masa akan datang.