Khamis, 2 September 2010

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2010






Sambutan ambang merdeka peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Siakap telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Ogos 2010 bersamaan dengan hari Isnin.Sambutan kali ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak diikuti ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, En. Ahmad b. Abdul Samad.Acara diteruskan lagi dengan segmen 'Rentetan Sejarah' yang disampaikan oleh Pn. Jaemah bt. Sabri.Bagi memeriahkan lagi suasana, murid-murid turut mengambil bahagian dalam acara mendeklamasi sajak kemerdekaan.Suasana digamatkan lagi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh semua murid dan guru.Seterusnya laungan kemerdekaan disempurnakan oleh En. Abd. Wahab b. Sahari.